SINTAKSIS
PENGGOLONGAN KATA
Ayat dapat
digolongkan kepada 2 golongan iaitu ayat
dasar dan ayat terbitan
1.Ayat Dasar
Ayat dasar
mempunyai potensi untuk dikembangkan. Ayat dasar juga boleh diterbitkan menjadi
ayat bersusunan biasa, ayat songsang,
ayat tunggal atau ayat majmuk
Semua ayat dasar
bermula mempunyai subjek frasa nama
Terdapat 4 pola
ayat dasar bahasa Melayu iaitu:
i. Frasa
Nama + Frasa Nama
Ali pelajar universiti
ii. Frasa
Nama + Frasa Kerja
Aminah sedang memasak nasi
iii. Frasa
Nama + Frasa Adjektif
Rokian baik hati
iv. Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama
Ibu saya di dapur
2.Ayat Terbitan
Ayat terbitan
ialah ayat yang terbentuk apabila berlaku penambahan atau perubahan bentuk
Contoh
i. Ayat nafi
Asal ayat : Aziz pelajar universiti (ayat dasar
FN + FN)
Ayat
terbitan : Aziz bukan pelajar universiti
(ayat nafi)
ii. Ayat pasif
Ayat asal : Pak Mail menebang pokok (ayat dasar
FN + FKJ)
Ayat
terbitan : Pokok ditebang oleh Pak Mail
(ayat pasif)
iii. Ayat tanya
Ayat asal : Peniaga itu baik hati
Ayat terbitan :
Peniaga itu baik hati? (ayat tanya)
iv. Ayat majmuk
Ayat asal 1 : Bapa saya ke pasar
Ayat asal 2 : Bapa saya membeli ikan
Ayat terbitan : Bapa saya ke pasar untuk membeli ikan
(ayat majmuk)
Oleh itu, semua
ayat terbitan terhasil daripada ayat dasar. Ayat nafi, ayat pasif, ayat tanya
dan ayat majmuk merupakan ayat terbitan.
BENTUK AYAT
Ayat terbahagi
kepada dua bentuk iaitu bentuk tunggal
dan bentuk majmuk
1. Ayat tunggal
Ayat tunggal
ialah ayat yang mempunyai satu klausa. Ayat tunggal juga mempunyai satu subjek
dan satu predikat. Namun demikian susunan subjek dan predikat bagi ayat tunggal
tidak semestinya mengikut susunan.
Antara ayat
tunggal ialah
- Frasa Nama + Frasa Nama (Ali seorang guru)
- Frasa Nama + Frasa Kerja ( Ali sedang membaca buku)
- Frasa Nama + Frasa Adjektif (Aminah sangat cantik)
- Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (Aminah di kantin sekolah)
- Frasa Kerja + Frasa Nama (Membaca buku Ali)
- Frasa Adjektif + Frasa Nama ( Kacak Salman)
- Frasa Sendi Nama + Frasa Nama (Di dalam rumah adik saya)
- Ayat songsang (Di atas bukit Rumah Pak Samad)
- Ayat perintah (Tolong jangan pijak rumput itu)
- Ayat seruan( Aduh, sakitnya kaki saya!)
- Ayat pasif (Buku itu dibaca oleh adik saya)
Oleh itu, semua
ayat dasar merupakan ayat tunggal tetapi tidak semua ayat tunggal ialah ayat
dasar.
2. Ayat
majmuk
Ayat majmuk ialah
ayat yang mempunyai dua klausa. Ayat ini juga mempunyai dua subjek atau lebih atau
dua predikat atau lebih. Ayat majmuk sering mempunyai kata hubung yang
berfungsi menghubungkan dua ayat atau lebih
Contoh A
Ayat 1 : Bapa
sedang membaca buku (ayat dasar)
Ayat 2 : Ibu
sedang membasuh baju (ayat dasar)
Ayat majmuk :
Bapa sedang membaca buku tetapi ibu sedang membasuh baju. (Ayat majmuk)
Kata hubung :
tetapi
Contoh B
Ayat 1 : Semua
pelajar berkumpul di dewan.(Ayat dasar)
Ayat 2 : Semua
pelajar mendengar taklimat daripada Puan Pengetua (Ayat dasar)
Ayat Majmuk : Semua pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat
daripada Puan Pengetua
Kata hubung : Untuk
JENIS AYAT
Ayat terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
1. Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diujarkan untuk membuat sesuatu pernyataan
atau memberi keterangan tentang sesuatu perkara
Contoh:
1.Abang saya seorang doktor sakit puan
Ayat ini diujarkan untuk menerangkan bahawa abang beliau merupakan seorang
doktor sakit puan
2. Bunga Ros itu cantik
Ayat ini diujarkan untuk menjelaskan bahawa bunga Ros tersebut cantik
2. Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu ataau ayat
yang digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Ayat tanya terbahagi dua
iaitu ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya
2.1. Ayat tanya dengan kata tanya
Contoh
Apakah pekerjaan utama penduduk di kampung itu?
Kata tanya : Apakah
2.2. Ayat tanya tanpa kata tanya
Contoh
Bayi itu masih menyusu?
Kata tanya : Tiada
3. Ayat perintah
Ayat perintah digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan atau gerak
balas. Ayat ini boleh terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan, ayat permintaan dan ayat ajakan
3.1. Contoh ayat suruhan
Duduk di situ
3.2. Contoh ayat larangan
Jangan bercakap
3.3 Contoh ayat silaan
Sila beratur
3.4 Contoh ayat permintaan
Minta bertenang
3.5. Contoh ayat ajakan
Ayuh mari kita minum bersama.
4. Ayat seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu perasaan
sama ada takut, gembira, sedih dan terperanjat.
Contoh
Aduh, kepala saya sakit!
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT
Ayat terbahagi kepada dua susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
1. Ayat susunan biasa
Ayat susunan biasa ialah ayat yang didahului oleh subjek dan diikuti oleh
predikat
Contoh:
Gadis itu bertudung hitam
Saya tidak hadir dalam majlis itu
Lelaki itu berniaga sepanjang mana
2. Ayat susunan songsang
Ayat susunan songsang ini ialah ayat yang tidak mengikuti susunan subjek di
hadapannya sebaliknya subjek terdapat di bahagian belakang.
Contoh
Bertudung hitam gadis itu
Berniaga sepanjang masa lelaki itu.
RAGAM AYAT
Ragam ayat
terbahagi dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif
1. Ayat aktif
Ayat aktif ialah
ayat yang pelakunya menjadi subjek sementara perkara yang dilakukan menjadi
predikat. Ayat aktif terbagai dua iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif
Contoh ayat aktif transitif
Ibu sedang
menyidai baju di ampaian (ayat ini boleh dipasifkan)
Pesawat itu
mengebom penjenayah (ayat ini boleh dipasifkan)
Contoh ayat aktif tak transitif
Murid-murid
sedang bercakap (ayat ini tidak boleh dipasifkan)
Wanita itu sedang
mengumpat (ayat ini tidak boleh dipasifkan)
2. Ayat pasif
Ayat pasif ialah
perkara yang dilakukan menjadi subjek ayat
Contoh ayat pasif
Kereta baru
dibeli oleh abang saya
Surat ditulis
oleh ibu saya
Tembok dilanggar
oleh lori itu.
No comments:
Post a Comment